14 March 2013

Hamba Allah




Seorang yang soleh?? itu BUKAN
aku !

Seorang yang taat?? itu BUKAN
aku !

Seorang yang baik hatinya?? itu
BUKAN aku !

Seorang yang banyak ilmunya?? itu
BUKAN aku !

Seorang yang banyak amal
kebaikannya?? itu BUKAN aku !

Tetapi jika ditanya adakah aku
adalah salah seorang yang
berusaha ke arahnya?? YA..itu aku.

Jangan pernah memanggilku
sedemikian melainkan ianya satu
doa buatku. aku hamba hina disisi
Tuhanku... yang mengharap
pengampunanNya. .

Merugilah diri ku andai aku
mengiyakan bahawa aku solehah
orangnya,taat orangnya,baik
hatinya, banyak ilmunya dan
banyak juga amal kebaikannya...

"Katakanlah (Muhammad), 'Apakah
perlu Kami beritahukan kepadamu
tentang orang yang paling rugi
perbuatannya?'

(Iaitu) orang yang sia-sia
perbuatannya dalam kehidupan di
dunia, sedangkan mereka mengira
telah berbuat sebaik-baiknya.

Mereka itu adalah orang yang
mengingkari ayat-ayat Tuhan
mereka dan (tidak percaya)
terhadap pertemuan denganNya.
Maka sia-sia amal mereka..."

[al-Kahfi, 18:103-105]

Jangan pernah menyuruhku
berjalan dihadapanmu kerana
hormat,tapi berjalanlah seiringan
denganku... jatuh rebah biar
bersama. kerana dihadapan
Allah..antara aku dan engkau tiada
siapa tahu siapa yang lebih tinggi
darjatnya.

No comments:

Post a Comment